menonton juara lagu baru-baru ini, tiada yang mengujakan, tiada kelainan. tiada siapa mampu menapis hakikat bahawa malaysia kini ketandusan karya-karya hebat.
why do i make such statement?actually, semakin difikir, semakin sukar untuk mencari jawapan mengapa konsep pertandingan sedemikian masih diterima dan diagungkan oleh setiap peminat muzik di Malaysia dalam menentukan lagu-lagu yang popular dan berkualiti. pertandingan ini tidak ubah seperti pertandingan menyanyi di sekolah, siapa punya vokal terunggul, siapa mampu mencipta bait-bait lagu yang indah, sedangkan (juara lagu pada tahun-tahun yang lepas) mereka yang bertanding bukan calang-calang orang, telah mempunyai rangkaian peminat tersendiri, telah dikenali seluruh pelusuk negeri dan telahpun memiliki beberapa album setelah beberapa tahun bergelumang dalam industri muzik.
just imagine, umpamanya seperti mempertandingkan vocal mariah carey dan beyonce, menilai mutu persembahan no doubt dan black eyed peas, membandingkan kekreatifan lirik lagu taylor swift dan leona lewis. its just insane. banyak faktor yang mempengaruhi tahap persembahan ideal pada masa itu. memandangkan pertandingan tersebut adalah pada tarikh yang ditetapkan, maka kesihatan penyanyi menjadi tajuk utama. faizal tahir, sebagai contoh, mampu mempertontonkan satu persembahan yang lebih bertenaga sekiranya kesihatan mengizinkan. stacey akan mampu merangkul persembahan terbaik sekiranya pengalaman lebih mengajarnya.
lagu yang dinobatkan jarang didengar, album yang dikeluarkan pun boleh dikira dengan sebelah jari. kehebatanya masih belum teruji. dengan platform realiti tv, kemenangan mudah di pentas fantasy, kebanyakan mereka tidak berhadapan dengan cabaran sebenar dunia muzik. percayalah, mereka akan tenggelam tanpa khabar berita selepas juara lagu.
agak sedih apabila mengenangkan semua lagu yang bertanding adalah antara yang terbaik di malaysia. ketandusan idea sangatkah orang Malaysia? ataupun segala karya yang berkualiti itu tidak lagi digemari oleh penggemar muzik yang rata-ratanya golongan muda yang lebih berminat dengan rentak lagu berbanding bait-bait ayat yang indah?
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau ada lagu tribute akan menjadi juara..
ReplyDelete2007 - istimewa - adibah nor - tribute to a gurl
2009 - pergi -aizat - tribute to yasmin
2010 - ?