Monday, January 25, 2010

Masjid Al-Aqsa- kekeliruan dan keegoan yang memusnahkan.

1. Umat Islam seluruh dunia percaya bahawa;

a. Kira-kira sepuluh tahun selepas diangkat menjadi Rasul terakhir umat Islam, Nabi Muhammad telah melalui perjalanan malam yang panjang, dari Mekah ke Baitulmuqaddis (Israk) hingga ke 7 lapisan langit (Mikraj), menaiki binatang syurga bernama al-Buraq. Baginda berhenti di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, sedangkan Allah s.w.t boleh saja memberikan arahan untuk terus naik ke langit dari Mekah. Ketika di Baitulmuqaddis, Baginda mengerjakan solat di atas sebiji batu, yang kini telah ditutupi oleh bangunan berkubah emas.

b. Masjid al-Aqsa adalah masjid kedua tertua di dunia selepas Kaabah dan kawasan suci ketiga terpenting dalam Islam.

c. Sebelum solat 5 kali sehari menghadap kiblat di Kaabah ditentukan, Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque) merupakan kiblat pengikut Nabi Muhammad pada masa itu. This happened for 16 – 17 months before Hijrah.

d. Pada tahun 1969, setelah 2 tahun Palestin ditawan Israel, Masjid ini pernah dibakar. Kesannya sangat teruk sehinggakan mengorbankan sebuah mimbar yang dikatakan tercantik di dunia, dikatakan hadiah daripada Salahuddin al-Ayubi, diperbuat daripada jalinan kayu Cedar, gading, dan dihiasi dengan mutiara tanpa menggunakan sebarang gam mahupun paku.

e. Perbezaan pembinaan antara Mekah dan Masjid al-Aqsa adalah 40 tahun (Riwayat Muslim).

f. The land of Palestine telah menyaksikan beberapa jiwa suci tertanam di buminya seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yakub a.s, Nabi Ishaq a.s., dll.

g. Masjid ini asalnya adalah sebuah rumah ibadat yang kecil dibina oleh Rasyidun dan telah melalui berbagai penambahbaikan apabila pentadbiran berganti dan renovation akibat earthquake. Sehinggalah Perang Salib mengorbankan Jurusalam ke tangan Kristian pada 1099, Masjid ini telah dijadikan Gereja. Ketika zaman pemerintahan Saladin, ia kembali ke tangan Muslim Palestin, sehingga kini. Walaubagaimanapun, akibat kekejaman Israel yang tamak merampas bumi Palestin, Masjid ini adalah di bawah kawalan Israel tetapi ditadbir oleh Wakaf Islam Palestin.

h. Selepas peperangan Yarmuk, pada 637 AC, umat Islam, diketuai oleh Abu Ubaidah telah menguasai Baitulmuqaddis / Jurusalam. Umar r.a telah diberikan ‘kunci kota’ Jurusalam dan membukanya kepada orang Jewish dan Kristian untuk tinggal bersama. Ketika inilah, kawasan ini betul-betul berfungsi sebagai ‘Holy City’ kepada ketiga-tiga kepercayaan, tanpa sebarang perselisihan dan pertumpahan darah.

2. Yahudi percaya dengan yakin bahawa;

a. Masjid al-Aqsa dibina beratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. maka, adalah tidak logic menyatakan sekiranya ia adalah salah satu tempat utama dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj.

b. Masjid ini dibina di atas runtuhan Temple of Solomon – Tempat Ibadat Nabi Sulaiman a.s. Bagi mencari artifak dan bukti kebenaran ini, mereka telah mengorek terowong di bawah Masjid ini yang mengakibatkan major destructions towards the structure of the mosque itself.

3. Disputes happend between these two religion ini telah mengambil masa bertahun-tahun, mengorbankan banyak nyawa dan menyemarakkan rasa marah umat Islam ke atas Israel yang tanpa jemu menindas rakyat Palestin. Muslim amat menghormati semua nabi dan prophets, walaupun ianya berkaitan dengan agama Kristian, kerana sejarah agama tersebut banyak persamaannya.

4. Mungkin, sekiranya Israel lebih memahami betapa sucinya masjid ini kepada orang Islam, sekiranya mereka boleh mengetepikan ego dan benci, satu persetujuan akan dapat dicapai, dan mungkin tempat ini boleh dikongsi bersama bagi tujuan ibadat kedua agama.

5. Walau bagaimanapun, apa yang penting, masyarakat Palestin perlu bersatu terlebih dahulu untuk membentuk semula satu tamadun yang kuat, yang pernah wujud satu ketika dahulu. Bagai adik beradik yang tidak sefahaman, disputes between Hamas dan Fatah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berakhir.

6. Rasanya, pernah seseorang memberitahu bahawa di dalam Al-Quran telah tercatat bahawa bumi Palestin tidak akan aman dan akan terus bergolak sehingga munculnya Imam Mahadi yang akan menyatupadukan umat dan menegakkan keadilan. Sehingga waktu tersebut...wallahualam.

1 comment:

  1. teringan kt auditorium intan masa DPA masa ada palestinian dtg bg ucapan..bila ditanya mengapa fatah dan hamas tidak bersatu, dia jawab, kat sini pun perbezaan politik..ada umno dan keadilan..

    ~?~

    ReplyDelete