Friday, January 1, 2010

mega sale forever!



This picture was taken in front of Wisma Negeri, Negeri Sembilan. Kedai perabot ini telah lama wujud di Seremban. Masuk ke dalamnya, dipenuhi dengan barang-barang perabot, almari, katil dan hiasan rumah yang nampak eksklusif dan moden. Bagi pemilik rumah yang rimas dengan interior design rumah yang berkonsepkan kayu jati yang seperti berada di dalam hutan tropika, mahupun konsep english cottage yang nampak sibuk dan padat, mungkin boleh menjejakkan kaki ke kedai ini untuk sesuatu yang baru. A breath of fresh air.

Kenyataan di atas bukan dianggap sebagai some sort of promotion kepada kedai ini, jauh sekali memuji. It’s just a mere introduction before a truth revealed.

Kain rentang ‘50% Jualan Mega’ itu baru ditukar daripada kain rentang ‘Sale’ yang telah mendominasi separuh daripada bangunan hadapan kedai itu sejak bertahun yang lalu. Jualan murah ini bagaikan tiada tempoh dan had masa, berlangsung sepanjang tahun. Berdasarkan pemerhatian, kedai ini tidaklah dikunjungi oleh ramai pelangganpun secara fizikalnya. Mungkin disebabkan ini, pemiliknya desperate untuk mendapatkan attention pelanggan dengan kain rentang sebesar alam. Secara logiknya, bagaimana sebuah kedai boleh menjalankan jualan murah, sale, jualan runtuh dan bermacam lagi, tanpa sebarang had masa? Bagaimana pelanggan boleh membezakan harga sebelum jualan murah? Sekiranya jualan murah berlangsung sepanjang hari, setiap bulan di setiap tahun, maka itu tidak dikira sebagai jualan murah! Harga yang dipamerkan adalah harga yang memang telah ditetapkan sejak azali! Jangan tanyalah tentang notis jualan murah daripada KDNHEP. Mungkin peniaga ini tidak tahu akan kewujudan undang-undang tersebut!

Mungkin ada pelanggan yang termakan dengan taktik kotor kedai perabot ini. Dan mungkin juga ada pelanggan yang datang dan membeli juga perabot yang ada, bukan kerana promosi jualannya, tetapi kerana faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembelian, seperti design perabot tersebut, availability sesuatu barang yang mungkin tiada di tempat lain, service yang ditawarkan ataupun memang telah lama menjadi pelanggan tetap di kedai ini dan mengenali pemiliknya untuk mudah mendapat discount atas dasar kawan lama!

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP), antara kesalah yang kerap dilakukan ketika promosi adalah :-

i. Peniaga menjalankan jualan murah atau mega tanpa mengemukakan notis kepada kementerian;
ii. Jualan murah melebihi tempoh yang ditetapkan iaitu 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan sahaja;
iii. Tidak mempamerkan harga sebelum dan selepas tawaran;
iv. Tidak menyelenggarakan rekod harga;
v. Tiada nombor pendaftaran jualan murah dalam iklan; dan
vi. Pemalsuan harga.

Seringkali kita sebagai pengguna tidak pernah beringat ketika membeli. Perkara ini dijadikan sebagai satu kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga, menipu, memanipulasikan harga dengan sewenang-wenangnya. Kurangnya enforcement dilakukan akibat kurangnya kakitangan yang dilantik untuk menangani isu ini. Justeru, pengguna perlu lebih prihatin dan menggunakan segala hak dan kuasa yang ada agar diri tidak tertipu, duit boleh dijimat dan peniaga jahat tidak berkuasa.

No comments:

Post a Comment