Monday, March 1, 2010

bahasa inggeris

Mewajibkan bahasa inggeris akan membebankan pelajar luar bandar. Hanya cukup dengan membaca kenyataan tersebut mampu membuat hati tersentap. Betapa rendahnya semangat untuk maju di kalangan masyarakat Melayu. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Sekiranya pemikiran sebegini tertanam kuat di jiwa dan fikiran melayu, takkan digenggam kejayaan memuncak seperti yang dibayangkan Dr. M.

Some might say, orang cina yang tak tau berbahasa inggeris pun boleh kaya, mereka boleh survive dalam negara yang diperintah oleh melayu dan raja melayu. Hakikatnya, bangsa cina adalah bangsa dominan yang akan mendominasi sesuatu keadaan tambahan sekiranya mereka tertekan. Di setiap negara di dunia, akan ada satu kawasan yang dinamakan Chinatown. Di US, Europe even di Arab sekalipun, mereka telah jauh mengembara dengan semangat perpaduan yang kuat antara mereka. Sifat mereka yang suka berpersatuan menambahkan kekuatan mereka sebagai satu bangsa. Mereka mempunyai persatuan yang menyatukan nama keturunan yang sama, persatuan pemborong, persatuan pemilik-pemilik kedai runcit, sehinggalah persatuan pecinta pokok dan kaligrafi. Persatuan ini mempunyai kekuatan dari segi kewangan dan pengurusan, sesuatu yang kurang dalam masyarakat melayu. Bukan mahu menyebelahi, hanya mahu menyedarkan melayu agar lebih bersefahaman, bukan sahaja dalam berpersatuan, malahan dalam kepercayaan, pemerintahan dan politik khususnya. One will be amazed on how strong the spirit of the unity is.

Kiranya pakcik amar menyatakan sebegitu, samalah seperti bermaksud, jangan dipaksa pelajar luar bandar belajar bahasa inggeris kerana itu akan menyebabkan mereka menjadi lebih gagal memandangkan mereka telah biasa dengan bahasa melayu seumur hidup mereka. Apatah lagi untuk mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Maka semakin gagal dan gagal lagi untuk selama-lamanya.

Masyarakat melayu di luar bandar bagaikan fobia dengan bahasa inggeris. Kiranya ada yang cuba untuk bertutur dalam bahasa antarabangsa tersebut, mereka akan diperlekeh, diejek dan disisihkan. Berlagak! Anggapan mereka bahawa bahasa tersebut tidak layak untuk dituturkan oleh melayu yang berlidah jawa, berslanga Kelantan, berpelat nogori. Based on personal experience, pelajar tingkatan 3 tidak dapat menterjemahkan perkataan ‘wedding’. Apatah lagi untuk memahami kaedah fotosintesis dalam bahasa inggeris. Memahami bahasa ini memerlukan minat dan kemahuan yang mendalam. Sesuatu yang menarik dan keterujaan perlu dicari untuk melahirkan rasa cinta. Seperti mendengar lagu Inggeris dan memahami lirik, menonton filem dan drama tanpa membaca sarikata, membaca bahan bacaan yang menarik bertulisan inggeris dan mencari kawan yang boleh berbual dalam bahasa tersebut. Jika tiada yang mahu, might as well talk to yourself, bukan gila tapi melatih diri menyebut setiap perkataan dengan betul. Apa salahnya meniru setiap gaya percakapan (yang baik) dan aplikasikannya dalam perbualan seharian. Setiap kemahuan, pasti ada jalan.

Kegagalan untuk menyedari kepentingan bahasa inggeris seperti pakcik amar inilah sebenarnya yang menjadi punca masyarakat melayu menjadi kurang maju. Bahasa inggeris adalah lingua franca, digunakan di seluruh dunia, dalam semua subjek, di dalam internet dan buku-buku rujukan karya-karya agung. Penemuan baru, penciptaan, sejarah ketamadunan dunia, keadaan ekonomi terkini dan segalanya dipelopori oleh bahasa tersebut. Walaupun terdapat terjemahan melayu namun penggunaannya adalah terbatas. Entahlah, untuk menceritakan berkenaan kepentingan bahasa inggeris kepada umum bagaikan cuba menjelaskan kepentingan nasi kepada perut. Mungkin pakcik amar mahu melayu sentiasa di takuk lama, takut dengan perubahan kerana akan mengubah zon selesa mereka dalam kelompok yang sama. Yang pedihnya, pemikiran beracun sebegini wujud bagai bilangan semut melata di bumi Malaysia.