Sunday, January 31, 2010

Takkan Melayu Hilang??

Tanpa disedari, hak melayu semakin terhakis sedikit demi sedikit. Kepada mereka yang menyedari, Alhamdulillah..kepada mereka yang masih berangan dengan diri sendiri like the world revolves around them, which most of us Malays did, it is such a waste and pathetic. Some might think, ini isu lapuk yang sengaja digemburkan untuk mendapatkan perhatian. Yeah, i must admit, it is lapuk. Since the early existence of Hang Tuah, until Dr. Mahathir era, up to today, it is still being the headlines. Why? Coz it doesn’t get any better.

Ketuanan Melayu semakin tidak dihormati dan diperleceh even daripada orang Melayu yang bijak pandai sendiri. As what Prof Khoo Khay Kim said, ketuanan Melayu adalah lebih berpaksikan kebesaran kuasa Raja-raja Melayu yang wujudnya di tanah ini dengan pengorbanan keturunannya yang membawa kepada pembentukan Negara. Yes, i must admit, some of the royalties didn’t talk and act like one, which is a major shame. Namun, sejarah adalah sesuatu yang membentuk peradaban manusia Malaysia. And it is there for a huge reason.

(But then, according to a personal observation, the Chinese tidak mengiktiraf Prof. Khoo Kay Kim sebagai bangsa mereka dan lebih selesa menggelarnya dari keturunan Baba. Mungkin rasa terancam dengan pengetahuan Prof. Emeritus ini menyerlahkan salasilah pendatang di negara ini?)

other than Malays semakin rancak mencari dan menuntut ‘hak’ mereka, if there’s any. Dari tempat di Universiti, biasiswa, sekolah intergrasi, parti politik, pemilikan tanah, jawatan dalam kerajaan, kedai-kedai di tepi jalan, memiliki nama tuhan yang sama, sehinggalah reservations di spa dan hotel, semuanya dengan rakus mahu dimiliki oleh mereka dan hanya mereka. Malays, for being so menghormati kaum lain dan bertoleransi, willingly giving a way, even try untuk membantu membuka jalan opportunities pada mereka atas nama satu Malaysia, dengan harapan Malays akan lebih bersikap maju ke depan dengan cabaran yang ada. Kesannya? Much to our dismay.

kadangkala jika direnung, amat sedih sebenarnya memikirkan masa depan. Apa yang tinggal kini adalah ‘orang atasan’ yang mampu mengubah sesuatu yang menjaga hak melayu dari dituntut oleh orang yang tidak sepatutnya. Ya, Malays boleh survive dengan titik peluh sendiri, boleh berjaya dalam lapangan yang diceburi, namun, senarai orang paling kaya di Malaysia will never be full of Bin dan Binti.

Its something that Malays believe, i guess. To be happy in the face of this earth dan mencari keredhaan-Nya di akhirat. Being rich is just a bonus. Duit takkan boleh dibawa mati. Namun, sekiranya pentadbiran negara diambil alih, perlembagaan diubah sewenangnya, menyekat kebebasan beragama Islam dan sebagainya, there’s nothing much left on the plate. Perjuangan Belum Berakhir : membuatkan Tun Mahathir menitiskan airmata perjuangan ketika membacanya – hanya kepada mereka yang mahu berfikir.

Yeah, go ahead and left this blog. Pretend you never read it. forget about it if you may. But this is the fact that will come back and slap you right in front of your face sooner or later. Kita memang mudah lupa.

Nostradamus


Nostradamus used to be one of the topic i chose to present for the English slot during my time as a student. He have captured more than a soul, to dig deep into his life history, which, haven’t been told even after 400 years of his death.

This guy is well known for his many predictions and prophecies which proved to be true, for those who wants to believe. Of course, sebagai umat Islam, adalah berdosa untuk mempercayai sesuatu yang berunsurkan tilik nasib dan masa depan selain daripada al-quran, al-sunnah dan semua yang sewaktu dengannya. But then, nobody can deny that Michel de Notredame is one interesting subject worth known. These are his predictions (read at your own risk) :

i. Pernah melutut di kaki salah seorang ‘monk’, Felice Peretti di sebuah Gereja di Fance dan memanggilnya ‘my Holliness’. 19 tahun selepas kematian Nostradamus, Felice ditabalkan sebagai Pope Sixtus V.

ii. Prediction about the Balkan/Kosovo War dengan menyatakan secara berkias berkenaan penubuhan NATO, talking about ‘an army in the mountain will raise’, suggesting a guerrilla war.

iii. The most famous : prediction on the WTC attack. Saying ‘in the year of new century and nine months, from the sky will come a great king of terror..the sky will burn at 45 degrees..the fire approaches the great city..there will be thunder...the third big war will begin when the city is burning’.

iv. He even predict that the end of the world will be in the year of 3786.
There are much more predictions from Nostradamus yang dikaryakan dan didedikasikan kepada manusia ini. namun, apa yang nyata, tiada siapapun di dunia ini mengetahui apa akan jadi di masa hadapan. Predictions will stay as it is, not something yang boleh dipercayai sepenuhnya. Even Nostradamus have many flaws, if one willing to search for it. We better learn more about al-quran which gives much ’believable’ predictions, hanya kepada mereka yang mahu mendengar.

Sometimes it makes me think, cerita sebegini bagaikan sengaja direka untuk memesongkan kepercayaan dan akidah yang dipegang sekian lama. If only people know the Jews bad, bad intentions...

Monday, January 25, 2010

Masjid Al-Aqsa- kekeliruan dan keegoan yang memusnahkan.

1. Umat Islam seluruh dunia percaya bahawa;

a. Kira-kira sepuluh tahun selepas diangkat menjadi Rasul terakhir umat Islam, Nabi Muhammad telah melalui perjalanan malam yang panjang, dari Mekah ke Baitulmuqaddis (Israk) hingga ke 7 lapisan langit (Mikraj), menaiki binatang syurga bernama al-Buraq. Baginda berhenti di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, sedangkan Allah s.w.t boleh saja memberikan arahan untuk terus naik ke langit dari Mekah. Ketika di Baitulmuqaddis, Baginda mengerjakan solat di atas sebiji batu, yang kini telah ditutupi oleh bangunan berkubah emas.

b. Masjid al-Aqsa adalah masjid kedua tertua di dunia selepas Kaabah dan kawasan suci ketiga terpenting dalam Islam.

c. Sebelum solat 5 kali sehari menghadap kiblat di Kaabah ditentukan, Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque) merupakan kiblat pengikut Nabi Muhammad pada masa itu. This happened for 16 – 17 months before Hijrah.

d. Pada tahun 1969, setelah 2 tahun Palestin ditawan Israel, Masjid ini pernah dibakar. Kesannya sangat teruk sehinggakan mengorbankan sebuah mimbar yang dikatakan tercantik di dunia, dikatakan hadiah daripada Salahuddin al-Ayubi, diperbuat daripada jalinan kayu Cedar, gading, dan dihiasi dengan mutiara tanpa menggunakan sebarang gam mahupun paku.

e. Perbezaan pembinaan antara Mekah dan Masjid al-Aqsa adalah 40 tahun (Riwayat Muslim).

f. The land of Palestine telah menyaksikan beberapa jiwa suci tertanam di buminya seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yakub a.s, Nabi Ishaq a.s., dll.

g. Masjid ini asalnya adalah sebuah rumah ibadat yang kecil dibina oleh Rasyidun dan telah melalui berbagai penambahbaikan apabila pentadbiran berganti dan renovation akibat earthquake. Sehinggalah Perang Salib mengorbankan Jurusalam ke tangan Kristian pada 1099, Masjid ini telah dijadikan Gereja. Ketika zaman pemerintahan Saladin, ia kembali ke tangan Muslim Palestin, sehingga kini. Walaubagaimanapun, akibat kekejaman Israel yang tamak merampas bumi Palestin, Masjid ini adalah di bawah kawalan Israel tetapi ditadbir oleh Wakaf Islam Palestin.

h. Selepas peperangan Yarmuk, pada 637 AC, umat Islam, diketuai oleh Abu Ubaidah telah menguasai Baitulmuqaddis / Jurusalam. Umar r.a telah diberikan ‘kunci kota’ Jurusalam dan membukanya kepada orang Jewish dan Kristian untuk tinggal bersama. Ketika inilah, kawasan ini betul-betul berfungsi sebagai ‘Holy City’ kepada ketiga-tiga kepercayaan, tanpa sebarang perselisihan dan pertumpahan darah.

2. Yahudi percaya dengan yakin bahawa;

a. Masjid al-Aqsa dibina beratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. maka, adalah tidak logic menyatakan sekiranya ia adalah salah satu tempat utama dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj.

b. Masjid ini dibina di atas runtuhan Temple of Solomon – Tempat Ibadat Nabi Sulaiman a.s. Bagi mencari artifak dan bukti kebenaran ini, mereka telah mengorek terowong di bawah Masjid ini yang mengakibatkan major destructions towards the structure of the mosque itself.

3. Disputes happend between these two religion ini telah mengambil masa bertahun-tahun, mengorbankan banyak nyawa dan menyemarakkan rasa marah umat Islam ke atas Israel yang tanpa jemu menindas rakyat Palestin. Muslim amat menghormati semua nabi dan prophets, walaupun ianya berkaitan dengan agama Kristian, kerana sejarah agama tersebut banyak persamaannya.

4. Mungkin, sekiranya Israel lebih memahami betapa sucinya masjid ini kepada orang Islam, sekiranya mereka boleh mengetepikan ego dan benci, satu persetujuan akan dapat dicapai, dan mungkin tempat ini boleh dikongsi bersama bagi tujuan ibadat kedua agama.

5. Walau bagaimanapun, apa yang penting, masyarakat Palestin perlu bersatu terlebih dahulu untuk membentuk semula satu tamadun yang kuat, yang pernah wujud satu ketika dahulu. Bagai adik beradik yang tidak sefahaman, disputes between Hamas dan Fatah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berakhir.

6. Rasanya, pernah seseorang memberitahu bahawa di dalam Al-Quran telah tercatat bahawa bumi Palestin tidak akan aman dan akan terus bergolak sehingga munculnya Imam Mahadi yang akan menyatupadukan umat dan menegakkan keadilan. Sehingga waktu tersebut...wallahualam.

Wednesday, January 20, 2010

kepala meter

For anyone of u who haven’t even heard about a company called Delta Perdana, here’s something that might excites u, if ure interested in the field :

i. Mereka telah menyelesaikan masalah meter paip air yang pernah satu ketika menjadi barang ‘most wanted’ oleh pencuri full or part time di seluruh Malaysia dengan ciptaan meter air made fully out of plastic!

ii. Hanya dengan hasil ciptaan ini, sales revenue mereka telah melonjak daripada RM600,000 kepada RM9.3 million in just a year. Penggunaan meter ini adalah secara meluas di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka dan Sabah. And they did go overseas as well, particularly Phillipines and Cambodia.

iii. Produk ini adalah surprisingly non toxic, and of course tahan karat. Everyone knows the effect of corrosive metal when it contaminated the water.

The point here is, bila kita sentiasa merenung dan memikirkan sesuatu yang terjadi di sekeliling kita sambil menggunakan sepenuhnya kuasa minda yang Allah berikan, rezeki sentiasa ada di mana-mana. Adakah kita mengambil sepenuhnya peluang yang sentiasa terbuka ini? sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian...

(Maybe, just maybe, orang yang cipta kepala meter plastik ni memang pernah menjadi mangsa pencuri mencilok kepala meter besi kat rumah dia. If it is, then he did an awesome job in turning those frustration into something profitable!)

juara segala lagukah?

menonton juara lagu baru-baru ini, tiada yang mengujakan, tiada kelainan. tiada siapa mampu menapis hakikat bahawa malaysia kini ketandusan karya-karya hebat.

why do i make such statement?actually, semakin difikir, semakin sukar untuk mencari jawapan mengapa konsep pertandingan sedemikian masih diterima dan diagungkan oleh setiap peminat muzik di Malaysia dalam menentukan lagu-lagu yang popular dan berkualiti. pertandingan ini tidak ubah seperti pertandingan menyanyi di sekolah, siapa punya vokal terunggul, siapa mampu mencipta bait-bait lagu yang indah, sedangkan (juara lagu pada tahun-tahun yang lepas) mereka yang bertanding bukan calang-calang orang, telah mempunyai rangkaian peminat tersendiri, telah dikenali seluruh pelusuk negeri dan telahpun memiliki beberapa album setelah beberapa tahun bergelumang dalam industri muzik.

just imagine, umpamanya seperti mempertandingkan vocal mariah carey dan beyonce, menilai mutu persembahan no doubt dan black eyed peas, membandingkan kekreatifan lirik lagu taylor swift dan leona lewis. its just insane. banyak faktor yang mempengaruhi tahap persembahan ideal pada masa itu. memandangkan pertandingan tersebut adalah pada tarikh yang ditetapkan, maka kesihatan penyanyi menjadi tajuk utama. faizal tahir, sebagai contoh, mampu mempertontonkan satu persembahan yang lebih bertenaga sekiranya kesihatan mengizinkan. stacey akan mampu merangkul persembahan terbaik sekiranya pengalaman lebih mengajarnya.

lagu yang dinobatkan jarang didengar, album yang dikeluarkan pun boleh dikira dengan sebelah jari. kehebatanya masih belum teruji. dengan platform realiti tv, kemenangan mudah di pentas fantasy, kebanyakan mereka tidak berhadapan dengan cabaran sebenar dunia muzik. percayalah, mereka akan tenggelam tanpa khabar berita selepas juara lagu.

agak sedih apabila mengenangkan semua lagu yang bertanding adalah antara yang terbaik di malaysia. ketandusan idea sangatkah orang Malaysia? ataupun segala karya yang berkualiti itu tidak lagi digemari oleh penggemar muzik yang rata-ratanya golongan muda yang lebih berminat dengan rentak lagu berbanding bait-bait ayat yang indah?

Monday, January 4, 2010

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

Its the name of ALLAH they are talking about now. And yet, nobody dare to come up and say something out loud, that it is wrong for the non muslim to refer their god as allah.

I always wonder, why now? They have been using the word God all these while, and everybody is happy with it. and now out of the blue, they wanna share the word Allah with Muslims? Why did they need to make it official? And the judge is a non muslim Chinese lady who knew heck about muslim! The court is not our mecca. The court do make mistakes.

If some said that perkataan Allah telah digunakan oleh orang Kristian Indonesia dan di negara-negara lain, keadaannya adalah berlainan dengan di Malaysia. kepercayaan mereka, cara hidup mereka, mazhab mereka dan segalanya. Non-muslim tidak boleh dengan sewenangnya come up with ideas and comments on this, kerana pengetahuan mereka amat cetek mengenai Islam. Pada mereka, since we are 1Malaysia, apa salahnya kita berkongsi negara, sekolah, rumah, tempat ibadat, kubur dan TUHAN? Whats wrong with that? mereka masih menghormati, masih mengenali mana Islam, mana Buddha, mana Hindu dan Kristian. Huh..lets admit, they try to determine it based on race. Memang banyak salahnya sekiranya these people knows no boundaries of being united. Religion is something so sacred, so sensitive, especially if being discussed in Malaysia, a multi-racial country.

Kesan daripada Allah digunakan oleh semua agama : Asyhaduallailahaillallahh...aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..sekiranya Allah itu dikongsi bersama, di manakah perbezaanya? Memang easy for you to say that kalau anda seorang Muslim yang patuh dan kuat imannya, takkan tergugat akidahnya. Tapi, cuba kita fikir, banyak mana umat Islam di Malaysia ini mempunyai akidah dan kepercayaan yang kuat? Jika arak menjadi minuman biasa, seks sebelum nikah menjadi sesuatu yang normal, apatah lagi nak bercerita berkenaan akidah? Sesuatu yang tak Nampak secara fizikalnya? This thing will bring more confusion to the new Muslims, tha Muallafs, the teenagers yang selalunya masih tercari-cari identity sendiri. mereka masih fragile, masih prone to make mistakes. Kenapa perlu kita menjadikan sesuatu yang mudah – Islam is simple – into something so complicated, and making an uproar to the community?

This is like a war. Untuk menentukan samada sejauh mana Muslim Malaysia mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama sendiri, menentukan samada adakah Kristian mendapat hak seterusnya menggunakan perkataan Allah dalam semua aktivitinya, termasuk usaha memperluaskan agama mereka (tanpa mengendahkan orang Islam), menentukan sejauh mana masyarakat Malaysia menghormati sensitivity agama lain, sebagaimana di war-warkan sebelum ini.

Perkara ini sebenarnya boleh mengundang kemarahan yang mampu lead to something so serious, and the 13th May tragedy may repeat itself. Perkara ini sebenarnya adalah a threat to our unity. Cabaran yang datang entah dari mana untuk menggugat kedamaian yang dikecapi selama ini. sememangnya perkara ini sering dibincangkan secara hush-hush, tidak secara terbuka seperti ini. mahkamah telah berkeputusan di pihak Kristian, mereka seolah tergelak besar dan mendabik dada sambil memegang kalimah Allah...

Friday, January 1, 2010

mega sale forever!



This picture was taken in front of Wisma Negeri, Negeri Sembilan. Kedai perabot ini telah lama wujud di Seremban. Masuk ke dalamnya, dipenuhi dengan barang-barang perabot, almari, katil dan hiasan rumah yang nampak eksklusif dan moden. Bagi pemilik rumah yang rimas dengan interior design rumah yang berkonsepkan kayu jati yang seperti berada di dalam hutan tropika, mahupun konsep english cottage yang nampak sibuk dan padat, mungkin boleh menjejakkan kaki ke kedai ini untuk sesuatu yang baru. A breath of fresh air.

Kenyataan di atas bukan dianggap sebagai some sort of promotion kepada kedai ini, jauh sekali memuji. It’s just a mere introduction before a truth revealed.

Kain rentang ‘50% Jualan Mega’ itu baru ditukar daripada kain rentang ‘Sale’ yang telah mendominasi separuh daripada bangunan hadapan kedai itu sejak bertahun yang lalu. Jualan murah ini bagaikan tiada tempoh dan had masa, berlangsung sepanjang tahun. Berdasarkan pemerhatian, kedai ini tidaklah dikunjungi oleh ramai pelangganpun secara fizikalnya. Mungkin disebabkan ini, pemiliknya desperate untuk mendapatkan attention pelanggan dengan kain rentang sebesar alam. Secara logiknya, bagaimana sebuah kedai boleh menjalankan jualan murah, sale, jualan runtuh dan bermacam lagi, tanpa sebarang had masa? Bagaimana pelanggan boleh membezakan harga sebelum jualan murah? Sekiranya jualan murah berlangsung sepanjang hari, setiap bulan di setiap tahun, maka itu tidak dikira sebagai jualan murah! Harga yang dipamerkan adalah harga yang memang telah ditetapkan sejak azali! Jangan tanyalah tentang notis jualan murah daripada KDNHEP. Mungkin peniaga ini tidak tahu akan kewujudan undang-undang tersebut!

Mungkin ada pelanggan yang termakan dengan taktik kotor kedai perabot ini. Dan mungkin juga ada pelanggan yang datang dan membeli juga perabot yang ada, bukan kerana promosi jualannya, tetapi kerana faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembelian, seperti design perabot tersebut, availability sesuatu barang yang mungkin tiada di tempat lain, service yang ditawarkan ataupun memang telah lama menjadi pelanggan tetap di kedai ini dan mengenali pemiliknya untuk mudah mendapat discount atas dasar kawan lama!

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP), antara kesalah yang kerap dilakukan ketika promosi adalah :-

i. Peniaga menjalankan jualan murah atau mega tanpa mengemukakan notis kepada kementerian;
ii. Jualan murah melebihi tempoh yang ditetapkan iaitu 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan sahaja;
iii. Tidak mempamerkan harga sebelum dan selepas tawaran;
iv. Tidak menyelenggarakan rekod harga;
v. Tiada nombor pendaftaran jualan murah dalam iklan; dan
vi. Pemalsuan harga.

Seringkali kita sebagai pengguna tidak pernah beringat ketika membeli. Perkara ini dijadikan sebagai satu kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga, menipu, memanipulasikan harga dengan sewenang-wenangnya. Kurangnya enforcement dilakukan akibat kurangnya kakitangan yang dilantik untuk menangani isu ini. Justeru, pengguna perlu lebih prihatin dan menggunakan segala hak dan kuasa yang ada agar diri tidak tertipu, duit boleh dijimat dan peniaga jahat tidak berkuasa.

absurd










This picture was taken on 27th Disember 2009. I was on my way to Negeri Sembilan. Jalan ini adalah jalan biasa yang diambil untuk ke Muar dari Batu Pahat. Kepada sesiapa yang biasa dengan keadaan jalan ini, mereka akan sentiasa menggeleng mengingatkan kembali pengalaman melalui jalan yang sentiasa dalam pembinaan ini. Sejak tahun 2000 sehingga kini, nothing much changed. Jalan masih berdebu, cerucuk masih tercacak di sana sini, jalan masih dilencongkan, kedai berdekatan masih terasa sebal dengan longgokan tanah dan besi yang menghalang kedai mereka dari dimasuki rezeki.

Persoalannya, mengapa keadaan ini dibiarkan berlanjutan dari tahun ke tahun? Mengapa tiada yang mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan, walaupun sedikit? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik permasalahan ini?

Keadaan ini mengundang bahaya, terutama kepada penunggang motosikal. Lubang di sana sini dan permukaan yang tidak rata, ditambah dengan keadaan jalan yang tidak mendapat limpahan lampu sepenuhnya di waktu malam. Keadaan jalan merupakan salah satu daripada penyumbang utama bagi kemalangan jalanraya selain daripada sikap buruk pengguna jalanraya itu sendiri. Jelas menunjukkan bahawa jalan ini terletak berdekatan dengan kawasan kampung dan menjadi laluan utama bagi perhubungan penduduk. Walaupun ianya jauh dari kesibukan bandar dan tatapan mata umum, tidak bermakna kemudahan untuk awam ini wajar dibiarkan terbengkalai untuk satu jangkamasa yang lama, sehinggakan menjadi satu pemandangan biasa yang melalikan.

Something have to be done now. Kenapa kita perlu tunggu keadaan menjadi haru apabila ianya disiarkan di dada akhbar ataupun di kaca televisyen, barulah tindakan akan diambil? Setelah segala kepincangan digali, barulah kontraktor pembinaan dicari dan diganti? Apabila ada nyawa melayang disebabkan kesilapan yang boleh dielak dan diperbetulkan, pada ketika itu juga setiap lubang ditampal dan diturap? Kenapa perlu melalui semua kutukan dan tuduhan, padahal jalan penyelesaiannya telah terbentang di hadapan mata?

Perkara remeh sebegini, yang mampu diselesaikan dengan satu arahan, yang kadangkala menimbulkan seribu satu tandatanya yang mampu memacu ke arah persepsi negatif rakyat terhadap pihak berkuasa. Jalan ini pernah beberapa kali menjadi laluan utama bagi Kembara Mahkota Johor. Tapi entah di mana silapnya, keadaan bagaikan terlepas pandang daripada diperbetulkan oleh pihak yang berwajib.

Walau bagaimanapun, hanya ‘mereka’ sahaja yang tahu sebabnya mengapa jalan ini masih under construction selamanya. Kita tunggu dan lihat akan masa yang menentukan jalan ini boleh digunapakai dengan selesa.

Let's begin.

Salam...

And greetings to all. The end is here... I mean, the end of the year 2009. Ramai di antara kita yang sibuk memikirkan their new resolution for the big 10, ramai juga yang recycle last years’ resolution, and amend it a bit. And i believe, there are many people out there, like me, who couldn’t care less about new resolution. But they do have hopes. Lots of it.

1 Januari 2010 sengaja dipilih sebagai tarikh untuk memulakan perjalanan blog ini. It's more like a scetch book to me, for me to look back and see how much I appreciate my surroundings. Tiada niat untuk mempersoalkan sesiapa, mempertikaikan sesuatu yang telah ditetapkan mahupun menyinggung perasaan. Hanya cuba meluahkan apa yang terbuku di fikiran.

If anyone, wants to share things with me, you are most welcome. Say something in a layman way. Something that can trigger mind to think. Something bigger than our individual self.

Hopefully, this blog will give much assistance, in any way, to those who care.

Layman : a person who is a non-expert in a given field of knowledge.