This picture was taken on 27th Disember 2009. I was on my way to Negeri Sembilan. Jalan ini adalah jalan biasa yang diambil untuk ke Muar dari Batu Pahat. Kepada sesiapa yang biasa dengan keadaan jalan ini, mereka akan sentiasa menggeleng mengingatkan kembali pengalaman melalui jalan yang sentiasa dalam pembinaan ini. Sejak tahun 2000 sehingga kini, nothing much changed. Jalan masih berdebu, cerucuk masih tercacak di sana sini, jalan masih dilencongkan, kedai berdekatan masih terasa sebal dengan longgokan tanah dan besi yang menghalang kedai mereka dari dimasuki rezeki.
Persoalannya, mengapa keadaan ini dibiarkan berlanjutan dari tahun ke tahun? Mengapa tiada yang mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan, walaupun sedikit? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik permasalahan ini?
Keadaan ini mengundang bahaya, terutama kepada penunggang motosikal. Lubang di sana sini dan permukaan yang tidak rata, ditambah dengan keadaan jalan yang tidak mendapat limpahan lampu sepenuhnya di waktu malam. Keadaan jalan merupakan salah satu daripada penyumbang utama bagi kemalangan jalanraya selain daripada sikap buruk pengguna jalanraya itu sendiri. Jelas menunjukkan bahawa jalan ini terletak berdekatan dengan kawasan kampung dan menjadi laluan utama bagi perhubungan penduduk. Walaupun ianya jauh dari kesibukan bandar dan tatapan mata umum, tidak bermakna kemudahan untuk awam ini wajar dibiarkan terbengkalai untuk satu jangkamasa yang lama, sehinggakan menjadi satu pemandangan biasa yang melalikan.
Something have to be done now. Kenapa kita perlu tunggu keadaan menjadi haru apabila ianya disiarkan di dada akhbar ataupun di kaca televisyen, barulah tindakan akan diambil? Setelah segala kepincangan digali, barulah kontraktor pembinaan dicari dan diganti? Apabila ada nyawa melayang disebabkan kesilapan yang boleh dielak dan diperbetulkan, pada ketika itu juga setiap lubang ditampal dan diturap? Kenapa perlu melalui semua kutukan dan tuduhan, padahal jalan penyelesaiannya telah terbentang di hadapan mata?
Perkara remeh sebegini, yang mampu diselesaikan dengan satu arahan, yang kadangkala menimbulkan seribu satu tandatanya yang mampu memacu ke arah persepsi negatif rakyat terhadap pihak berkuasa. Jalan ini pernah beberapa kali menjadi laluan utama bagi Kembara Mahkota Johor. Tapi entah di mana silapnya, keadaan bagaikan terlepas pandang daripada diperbetulkan oleh pihak yang berwajib.
Walau bagaimanapun, hanya ‘mereka’ sahaja yang tahu sebabnya mengapa jalan ini masih under construction selamanya. Kita tunggu dan lihat akan masa yang menentukan jalan ini boleh digunapakai dengan selesa.
haa..memang jahanam pun jalan..johor ni kalau buat projek jalan memang teruk..masa aku kat pt raja dulu, bape kali dah aku + mber eksiden psal kon tepi jalan bersepah..lencongan tetibe..itu ini..hampeh! ptui!
ReplyDeletepastu last bulan lepas ak stay jb..same jugak! depa ngah wat jalan area danga bay + hospital tu..jahanam jugak! langsung tak urus dgn betul..
owh..that area kat danga bay + hospital tu is part of pembangunan wilayah iskandar, which, i would love to share nanti. looking at their blueprint, it is gonna be awesome! tapi tulah, kenala tahan dengan sume yang under construction for now!hopefully, by 2012, semua dah settle, kita akan jadi bangga bawak plate keta Johor!
ReplyDelete